Pelancaran Kelab Silap Mata Malaysia telah berlangsung dengan meriah di
Lagenda Asmara Coffee Dome, Melaka pada 23/5/2015. Salah seorang artis
yang juga ahli silap mata terlatih kini mengambil peluang menyertai
MAQIB dan menubuhkan salah sebuah kelab di bawah program IM4U. Selaku
pengasas kelab, En. Henzi Andalas Nusantara menyeru para ahli silap
mata, terutamanya di kalangan rakan-rakan dan sahabat yang mengenali
beliau untuk turut sama bersatu hati menjayakan aktiviti-aktiviti kelab
ini.
Besar harapan beliau agar persembahan silap mata akan datang dapat
diadakan dengan ciri-ciri kemelayuan seperti diiringi irama muzik
Melayu dan pakaian yang bersesuaian. Bahkan salah satu target beliau
adalah untuk membongkar penipuan 'bomoh-bomoh' yang memperdaya, serta
berkongsi rahsia di sebalik silap mata yang sering dipertontonkan kepada
umum. Ini hanya akan diketahui dalam kelab yang mula mendapat perhatian
ramai ini.
Pengasas kelab Seni Silap Mata Malaysia memberi ucapan dan sepatah dua kata